Thursday 16 June 2011

SISTEM KOMPUTER

Operasi arimetik dan logik unit

         Arimetik / logik unit  merupakan komponen yang satu lagi  selain unit kawalan bagi Unit Pemprosesan Pusat. Secara spesifik, arimetik/logik unit melakukan operasi-operasi berikut:-

Ø Arimetik
Ø Perbandingan
ØLogikal 

Bagi operasi arimetik, ia adalah meliputi operasi-operasi:


·       Penambahan ( + )
·       Penolakan ( - )
·       Pendaraban ( )
·       Pembahagian ( /  )

Manakala bagi operasi perbandingan pula, ia adalah melibatkan perbandingan diantara satu data dengan yang lain dan menentukan data pertama adalah:

·       Lebih besar ( > )
·       Sama dengan ( = )
·       Atau lebih kecil ( < )

dengan data yang kedua. Bergantung kepada keputusan perbandingan, kelakuan berbeza akan berlaku.

Operasi logical berfungsi dengan keadaan-keadaan dan operator logical seperti AND, OR dan NOT.


Konsep BIT dan BAIT

  
  • Tiap-tiap 0 atau 1 pada sistem Binari dipanggil Bit (untuk angka Binari ).
  • BIT  adalah unit asas untuk menyimpan data dalam ingatan komputer. Oleh kerana satu BIT tidak boleh menyimpan sebatang askara yang mesti diproses oleh komputer, maka BIT diletakkan bersama-sama dalam satu kumpulan yang dipanggil BAIT.
  • Biasanya 8 BIT bersamaan dengan 1 BAIT.
  • Tiap-tiap satu BAIT dapat membentuk atau menghasilkan satu aksara.
  • Komputer menyukat banyaknya ingatan dengan menggunakan unit BAIT.

 1 BAIT boleh membentuk 1 AKSARA
 AKSARA bermaksud huruf, angka dan simbol-simbol seperti ~,@,#,$,% dan lain-lain lagi.
BIT dan BAIT boleh juga dikira dengan menggunakan unit berikut:-
1/2 BAIT = 4 BIT = 1 NIBBLE
2n    -       2 BIT dipanggil 'perkataan'
4n    -       4 BAIT atau 32 BIT dipanggil
                '2perkataan' atau "perkataan
                 panjang"


  • Oleh yang demikian, komputer yang mempunyai chip 80386DX dan 0486 boleh menyimpan dan mendapatkan semula dua "perkataan dalam satu operasi". Chip 80286 dan chip 80386SX pula hanya sebanyak satu "perkataan" dalam sesuatu operasi.
8 BIT                =              1 BIT=1 AKSARA
1024 BAIT       =              1 Kilobait (KB)
1024 KB          =              1 Megabait (MB)
1024 MB          =              1 Gigabait (GB)
1024 GB          =              1 Terabait (TB)

1 GB                =              10.7 ribu juta BAIT.
1 TB                =              1,099.5 ribu juta BAIT.
  • Ingatan dalam komputer mikro biasanya memegang sekurang-kurangnya 256 KB (262, 144 BAIT) sehingga memanjang kepada 16 MB dan lebih. Kini komputer yang menggunakan chip 80286 SX(16 BIT) boleh ditambah ingatannya sehingga 32MB.

Kod mewakili aksara dan nombor dalam sistem komputer

Bagaimana operasi dilakukan dalam komputer? 

Pertama sekali semua data dan arahan akan dimasukkan ke dalam komputer, akan diwakilkan secara elektronik dengan nombor binari.

Apakah nombor binari?

Nombor binari ialah nombor yang menggunakan dua digit sahaja iaitu 0 dan 1. dua digit ini disebut bit iaitu singkatan untuk binari digit. Dalam istilah komputer, nombor (0,1,2,3..), huruf abjad (A,B,C..) dan symbol khas (!,@,#,$..) dipanggil aksara. Aksara-aksara ini diwakilkan dengan 1 bait iaitu himpunan 8 bit.

3 jenis skema kod binari yang digunakan untuk mewakili aksar iaitu:
  • Kod ASCII  iaitu singkatan bagi American Standard Code For  Information Interchange. Kod ini paling luas digunakan pada mikrokomputer.
  • EBCDIC ialah singkatan bagi Extended Binary Coded Decimal Interchange Code. Ia direka oleh IBM khusus untuk komputer berkeupayaan tinggi.
  • Unicode dibangunkan oleh Unicode Inc dengan sokongan Apple, IBM dan Microsoft. Unicode menggunakan 16 bit bagi mewakilkan aksara. Dengan 16 bit, ia boleh mewakilkan lebih banyak aksara.
Contoh Kod ASCII Dan EBCDIC:-

    Semua data dan arahan dimasukkan ke dalam komputer, akan diwakilkan secara elektronik dengan nombor binari. Bila anda huruf A ditekan pada papan kekunci, satu siri denyutan elektronik akan dihantar ke unit sistem. Sistem unit kemudian akan menukar isyarat denyutanelektronik tadi ke kod ASCII iaitu 0100 0001. Sebagai contoh lihat rajah di bawah:-

SIMBOL
ASCII
EBCDIC
A
0100 0001
1100 0001
B
0100 0010
1100 0010
1
0100 0010
1111 0000
2
0011 0010
1111 0010
!
0010 0001
0101 1010
0010 0010
0111 1111


Fungsi komponen pada papan induk


1)     RAM
2)    ROM
3)    KAD
4)    MIKROPEMPROSESAN


1.             RAM
·      Ingatan Capaian Rawak
·      3 jenis ruang ingatan:-
ü  ingatan biasa (conventional) : sebanyak 640 KB yang pertama digunakan, memuatkan sistem pengoperasian dan perisian aplikasi.
ü  Ingatan atas (upper memory) : di antara 640 KB dan 1 MB; menyimpan sebahagian daripada sistem pengoperasian
ü  Ingatan tambahan (extended memory : semua ingatan melebihi 1MB

 
2.   ROM
¨   Ingatan Baca Sahaja
¨   3 jenis chip ROM
Ø   PROM (programmable ROM) :ingatan baca sahaja yang boleh di aturcarakan, cip kosong yang boleh diaturcarakan
Ø  EPROM ( erasable prom ): ingatan dengan aturcara yang boleh dipadamkan menggunakan tatacara sinaran ultra-ungu
Ø  EEPROM (electrically eprom): PROM yang boleh dipadam dengan menggunakan elektronik dan boleh menyimpan aturcara dalam komputer peribadi
     
3.    KAD
q       kad tambahan dimasukkan pada slot dalam unit sistem
q       kad tambahan mempunyai port yang membolehkan kabel disambungkan dari port ke peranti-peranti.
q       Jenis-jenis kad:-
~  kad adaptor perangkaian ; digunakan untuk
    menyambung satu komputer dengan
    komputer yang lain

No comments:

Post a Comment