Thursday 16 June 2011

ciri-ciri RAM,ROM,CMOS dan EPROM

Ciri-Ciri RAM, ROM, CMOS dan EPROM

RAM
·      Cip RAM menyimpan atur cara dan data yang sedang di proses oleh pemproses.
·      Bersifat sementara yakni data akan hilang bila punca kuasa dimatikan atau bila berlakunya ganguan punca  kuasa

    

ROM
·       Cip ROM dikenali sebagai firmware
·       Cip ingatan yang dimuat dengan arahan tertentu semasa pengilangan
·       Ingatannya kekal
·       Mengandungi aturcara khas untuk satu operasi komputer


CMOS
·       Mengandungi maklumat yang sentiasa diperlukan setiap kali komputer dihidupkan
·       Dijana dengan kuasa bateri
·       Kandungan tidak akan hilang walaupun pengguna membuat perubahan pada perkakasan
·       Cip akan mengemaskinikan maklumat


EPROM
·       ingatan dengan aturcara yang boleh dipadamkan menggunakan tatacara sinaran ultra-ungu
·       terkandung di dalam ROM

STORAN PRIMER

1.    Sel storan yang menyimpan aturcara yang sedang dilaksanakan.

2.    Dikenali sebagai 'main memory' atau RAM

3.    Setiap sel yang berkaitan mempunyai alamat yang unik

4.    RAM mempunyai ingatan yang terhad.

5.    Ingatan di dalam RAM adalah meruap



Komponen-komponen sokongan sistem komputer


v Storan sekunder

v perbezaan storan primer dan sekunder


Storan Sekunder

Ciri-ciri storan sekunder

v   meruap

v   menyimpan banyak data

v   data yang disimpan tidak kerap diperlukan



fungsi-fungsi storan sekunder

v    menyimpan maklumat yang tidak kerap diperlukan

v    dapat menyimpan data yang banyak

v   contoh-contoh magnetik pipe, floopy, dan hard disk

v   alternatif bagi pengguna menyimpan maklumat


Perbezaan antara storan primer dan sekunder

STORAN PRIMER
STORAN SEKUNDER
- MAKLUMAT YANG DISIMPAN ADALAH MERUAP
- MAKLUMAT YANG DISIMPAN TIDAK MERUAP
-CAPAIAN DATA CEPAT
- CAPAIAN DATA PERLAHAN
-KANDUNGAN TIDAK PERLU DIPINDAHKAN UNTUK DI CAPAI OLEH CPU
- KANDUNGAN PERLU DIPINDAHKAN KE STORAN PRIMER SEBELUM DICAPAI OLEH CPU

No comments:

Post a Comment