Thursday 16 June 2011

PENGENALAN

PENGENALAN KEPADA KOMPUTER 
Sebelum anda mempelajari program-program aplikasi atau perisian sesebuah komputer pengetahuan asas mengenai komputer adalah di perlukan bagi memastikan anda tidak mengalami masalah ketika mengendalikannya. Saya akan cuba menulis seringkas mungkin mengenai asas-asas sesebuah komputer. Di dalam era komputer multi media tugas sesuatu komputer itu di pelbagaikan dan ia menjadi begitu luas pengunaanya kerana ianya bukan sahaja bertindak sebagai sebuah mesin menaip malah ianya menjadi alat penghibur dan penhubung anda dengan dunia luar bagi yang mehendaki ianya berfungsi sebegitu. Dengan sesebuah komputer anda merasakan anda terlalu dekat dengan rakan-rakan anda walaupun pada hakikatnya anda di pisahkan oleh 7 lautan. Inilah yang selalu dikatakan dunia tampa sempadan.
Teknologi komputer sebenarnya berkembang begitu pantas dan ianya sentiasa di perbahurui setiap hari oleh gergasi-gergasi pengeluar komputer. Dari sebuah mesin yang sebesar-besarnya aia kini semakin di kecilkan sehinga kepada cuma sebuah mesin di telapak tangan anda.Dan munkin satu ketika nanti ianya akan di kecilkan lebih dari yang telah ujud sekatrang. Teknologi komputer juga menjadikan segala maklumat dan ilmu hanya berada di hujung jari anda.
Walaubagaimanapun kecagihan komputer tidak lah bermakna tampa perisian aplikasi yang turut juga berlari seiring dengan teknologi sesebuah komputer. Aplikasi sesebuah sebenarnya merupakan nyawa kepada teknologi komputer itu sendiri tampa aplikasi yang baik teknologi komputer tidak akan berkembang dengan baik dan pantas. Kesimpulanya ialah teknologi pembuatan komputer mistilah seiring dengan teknologi pengeluaran aplikasi atau perisianya.


Kompenen utama komputer

Sesebuah komputer mesti mempunyai 5 komponen utama bagi melengkapkan sistemnya agar ianya dapat berfungsi dan dapat menjami keberkesanan penggunaanya. Walaubagaimanapun penggunaan Mouse adalah lebih kepada asesori pilihan kepada anda kerana tampanya komputer anda tetap akan berfungsi. dan pengunaan printer pula lebih kepada penyediaan terakhir anda dalam penggunaan sesebuah komputer kerana ianya hanya bertindak sebagi alat pencetak sahaja. Lima kopenen utama komputer ialah;
(a) Monitor (paparan)
(b) CPU (system unit)
(c) Key board
(d) Printer
(f) mouse

Sistem unit (CPU)
CPU atau (Central Procecing Unit) adalah salah satu kopenen mustahak bagi sesebuah komputer anda. Di dalam Sistem unit atau CPU sesebuah komputer itu sendiri terdapat 5 lagi kopenen utama yang menjadi nadi kepada sesebuah komputer kecacatan atau kerosakkan kepada salah satu sistem itu mengakibatkan komputer anda tidak akan berfungsi.100 % . Rangkaian sistem utama dalam sistem unit ialah.
(I) Microproeasor - (brain)
(ii) Ingatan (memory) RAM
(iii) Input/output/I/Q
(v) Storan (disk storage)
(iv) Program

Penjelasan
Mikroprosesor
Mikroprosesor merupakan Brain atau otak kepada sesebuah komputer tampanya komputer tidak dapat befungsi segala arahan akan dihantar untuk diproses di dalam mikroprosesor yang kemudianya akan di[papar pada skrin komputer anda. Kepantasan sesebuah komputer melakukan proses bergantung kepada jenis cip microprosesornya.
Misalnya sesebuah komputer peribadi yang mempunyai cip miroprosesor 804386 biasanya mempunyai 4MB RAM dan bagi komputer yang mempunyai cip miroprocecor 8036 ianya mempunyai 2MB RAM. Namun begitu nilai RAM boleh ditambah jika dikehendaki oleh pengguna.
Miroprosesor bertugas sebagai
(1) Melaksanakan arahan komputer
(2) Melaksanakan arahan-arahan asas:
(a) tambah tolak
(b) dharab/bahagi
(c) operasi logik/operasi pembandingan

Ingatan (Memory/RAM)
Ingatan atau Memory yang lebih dikenali sebagai RAM (Random Acces Memory) merupakan tempat simpanan sementara sesuatu data dalam sistem komputer anda sebelum dipindahkan secara kekal kepada Cekera liat atau cekera liut anda. Walaubagaimana pun terdapat dua jenis ingatan utama iatu RAM dan ROM (penjelasan sila lihat pada tajuk RAM dan ROM)
Input/output
Input dan Output (I/O) merupakan saluran di mana ianya membolehkan data masuk kedalam sistem komputer anda dan data boleh di keluarkan melalui sistem komputer anda ,rinkasnya adalah seperti dibawah;
Input
Arahan atau data yang diberikan kepada komputer untuk di laksanakan. Komputer tidak dapat melaksanakan sesuatu tugasan dengan baik sekiranya terdapat kekurangan pada arahan atau data tersebut.Alat alat Input adalah seperti
I) Keyboard
ii) Mouse
iii) Paddle
v) Joystick
vi) digitiser
iV) Trackball

Output
Output ialah keputusan pemprosesan yang dihasilkan oleh komputer anda. Ianya boleh dilihat pada skrin komputer anda atau dicetak terus pada ketas cetak. alat-alat autput adalah seperti.
I) VDU (Vidsual Display Unit)
ii) Mesin pencetak
iii) Plotter

Storan (disk storage)
Storan atau disk storage merupakan tempat penyimpan maklumat atau data-data dengan banyak . Ianya mudah di panggil semula pada bila-bila masa diperlukan . Media storan diperlukan memandangkan simpana data didalam RAM adalah bersifat sementara. Media storan ialah seperti
I) Hard Disk
ii) Magnetic floppy disket
iii) Magnetic tape
v) Laser disket

Program
Program merupakan Sotware atau arahan komputer anda yang lebih dikenali sebagai program Aplikasi merupakan kopenen mustahak dalan menentukan pengoperasian sesebuah komputer . Tampa program aplikasi komputer anda tidak bemakna dan dapat berfungsi . Di antara proram-program aplikasi yang popoler seperti. Wordperfect, Profesional write. Woard Star Window dan beribu-ribu lagi yang berada dipasaran. Anda bolehlan memilih program aplikasi ini mengikut keperluan anda.
PELBAGAI JENIS RAM
RAM.... Sebenarnya jika diikutkan... penambahan RAM tidak lah sukar sepertimana yang kita dengar dari pembekal-pembekal mau pun dari kedai-kedai komputer.  Ada beberapa jenis RAM dipasaran ke tika ini.   Diantaranya adalah SIMM RAM 30 Pins, SIMM RAM 72 pins, SIMM RAM 72 pins Parity, EDO RAM 72 pins, SDRAM 12ns, SDRAM 10ns  SDRAM 100Mhz, SDRAM PC 133Mhz.
·         RAM Simm 30 Pins.  RAM ini ada dibekal dalam dua jenis.  1 x 1MB dan 1 x 4MB setiap satu keping.  Jenis ini hanya digunakan oleh Komputer jenis 286, 386 dan 486 DX2 66Mhz sahaja.  Ketika ini agak sukar untuk mendapatkan RAM-RAM dari jenis ini.
·         RAM Simm 72 Pins.  RAM jenis masih boleh didapati lagi di pasaran cuma kesesuaiannya sahaja yang susah nak dapat.   Kadangkala RAM ini tidak susuai dengan Papan Induk (M/Board) Siri 486.  Dengan itu pembelian terhadap RAM ini hendaklah dilaku dengan bijak.  Sebaik-baiknya bawa komputer ini ke Pembekal Berhampiran.
·         RAM EDO 72 Pins.    RAM jenis ini kebanyakan digunakan oleh Papan Induk Pentium Siri (Socket 7).   Kebanyakkannya bersesuaian.  Pengguna 486 DX2-66 dan ke bawah, tak payah nak cuba memang tak boleh punya.  Kalau 486 DX4-100 boleh ler cuba tengok, bergantung pada jenis Papan Induk.  Ni kira nasib ler.
·         SDRAM 12ns, SDRAM 10ns, SDRAM 100Mhz dan SDRAM 133Mhz .  RAM-RAM ini kebanyakkan digunakan oleh Papan Induk dari jenis Pentium II atau Celeron.  Cuma perbezaan pada kelajuan sahaja.  Pentium siri pun boleh menggunakkannya sekiranya terdapat ruang RAM jenis ini.
  • RDRAM  RDRAM ni sekejab je keluar di Pasaran. Alat ini keluar apabila Mainboard Socket 423 keluar. Mainboard Socket ini digunakan oleh Pentium 4 1.4Mhz dan Pentium 4 1.5Mhz.  RDRAM ni Mahal harganya.. kalau setakat mahal boleh beli tak apa ni tadak dah di pasaran.  So pada Mainboard yang telah rosak maka terpaksalah ko orang berhijrah ke Mainboard baru, Processor baru, SDRAM baru.
  • DDRAM.  Jenis ini sedang menguasi pasaran.  Harganya  sekarang sekejab naik sekejab turun.  Semua Mainboarc guna DDRAM ni so senanglah nak dapatkannya.
Display Card atau pun Graphic Card... Tugas alat ini adalah untuk memberikan mutu gambar terhadap graphic yang tertera di kaca monitor anda.  Graphic Card ini terdiri dari pelbagai jenis diantaranya adalah seperti berikut:
·         CGA Display Card..... Jenis ini dah kirer buang laut.  Jenis ini kebanyakkan digunakan oleh XT Komputer.
·         ISA 16bit VGA Card.  Jenis masih digunakan oleh banyak pengguna yang menggunakan CPU 386 ke 486.
·         ISA 32bit Local Bus 1MB.  Jenis ini susah nak dapat sikit.  Tapi masih tetap digunakan oleh Komputer jenis 486DX2-66.
·         PCI Display Card 1MB, 2MB dan 4MB.  Ada banyak jenis ini masih berada di pasaran.   Jenis ini biasanya boleh mengeluarkan ketepatan pixel dari 16 color, 256 color 16M color dan 24M color.  Ada diantaranya memerlukan Driver dan ada diantaranya PnP.
·         AGP Display Card.  Display card jenis ini digunakan oleh M/Board Pentium II.   Hanya PII sahaja menggunakan Display Card ini. Hanya Papan Induk yang tersedia dengan AGP display sahaja yang tidak disediakan AGP Slot.




BAGAIMANA KOMPUTER BERFUNGSI
Sesebuah komputer berfungsi mengikut konsep logik. Pemprosesan yang dilakukan di dalam komputer adalah berasaskan sistem nombor perduaan atau "binary digits" Sistem logik ini terdiri dari beribu-ribu simbol membentuk logik Simbol membentukkan logik adalah seperti berikut;.
AWD CODE
ORE
Apa yang ada dalam microprosesor ialah gabungan ribuan logik-logik diatas. (penjelasan lanjut mengenai konsep logik ini bolehlah di cari pada buku-buku rujukkan atau bertanya terus kepada pakar mengenai kompute)
RAM/ROM
RAM
RAM atau Random Access Memory berfungsi menyimpan data atau program yang ditulis oleh kita secara sementara sahaja dan ianya tidak kekal dan boleh di padam. Biasanya data yang mustahak akan disimpan terus dalam cekera liat atau cekera liut. Apa yang disimpam didalam RAM boleh dibaca di ubah suai dipadam atau disimpan dalam storan. Biasanya RAM yang kecil akan melambatkan pemprosesan berbeza dengan RAM yang besar yang menjadikan kerja pemprosesan yang lebih pantas dan cepat
ROM
Rom atau Read Only Memory berfungsi menyimpan maklumat-maklumat mengenai sistem komputer itu sendiri yang perlu dirujuk oleh CPU komputer anda pada setiap kali anda ON komputer anda. ROM hanya boleh dibaca tampa boleh di padam atau diubahsuai kerana ianya memang sudah di buat di kilang dan kekal dalam komputer anda sepanjang hayat komputer itu sendiri. Ianya berfungsi sepanjang masa dengan menggunakan baterinya tersendiri. Kehabisan atau kerosakkan baterinya mengakibatkan ROM tidak berfungsi dan sekali gus menjejaskan pengoperasian komputer anda .
BASE SYSTEM
Base sistem mempunyai rangkaian pin-pin di bahagian luarnya membentuk seperti kaki-kaki yang pada setiap kakinya mempunyai tugasan yang tersendiri terdapat 38 pin yang berfunsi iaitu
i) 2 pin untuk power
ii) 16 pin untuk data
iii) 16 pin untuk address
v) selebihnya untuk lain

BIT/BYTES
Muatan data-data dalam sistem komputer dikira menurut sistem bit/bytes Bit /Bytes ialah kobinasi sistem nombor yang tersusun mengikut angka perpuluhan dimana setiap susunan 8 bit menjadikan 1 bytes dimana setiap 1 bytes akan mewakili 1 aksara dan setiap 2 bytes akan menjadikan 1 word atau perkataan. Ini juga bermakna setiap perkataan mempunyai 16 bit atau 2 bytes sifirnya seperti dibawah seperti di bawah
8 bit = 1 bytes
1 bytes - mewakili 1 aksara
2 bytes - 1 word/perkataan
1 perkataan mempunyai 16 bit
lebih besar data bas lebih cepat kerja pemprosesan data

Setiap nilai 1 dan 0 dipanggil bit dan kombinasi dari 8 bit inilah menjadikan I byte yang mewakili 1 aksara (huruf abjad, angka atau simbol.) . Untuk menhantar dan mentafsir maklumat dengan lebih berkesan, 2 bytes disatukan untuk membentuk satu perkataan (Word).
Jika di tulis susunan bit seperti berikut;
Dicemal digit
0
1                                          00 -    99
2                                          000 - 999
3
4                                          10 - 1 = 100 = 1 = 99
5
6
7
8
9 - 10 - 1 = 10 - 1 = 9





Ini bermakna setiap 1 bit terdapat dua pilihan 

1bit (ada 2 pilihan)
0
1

Jika 2 bit terdapat 4 pilihan

2 bit (ada 4 pilihan)
00
01
10
11

jika 4 bit (ada 15 pilihan)
0000   -  0
0000   -  1
  1 
  1
  1
1111    -   15
2 - 6 = 16 - 1 = 15

dan jika 8 bit terdapar 255 pilihan

00000000
00000000
       1
       1
2  - 1  =  255

Ini bermakna jika lebih besar data bas lebih cepat kerja pemprosesan data dapat dijalankan oleh sesebuah komputer.


UKURAN DIDALAM BYTES

1 kilobyte  =  1024 bytes
1 mengabyte =  1048576 bytes
1 Gigabyte  =  1073741824 bytes

Sesebuah komputer terbahagi kepada tiga komponen utama iaitu. dan beberapa kompenen tambahan
1) MONITOR 2) CPU 3) KEY BORD kompenan tambahan 4) MOUSE (satu keperluan sejak windows di perkenalkan) 5. DISK DRIVE 6. CD ROM 7. MODEM (keperluan untuk melayari internet)
TUGAS-TUGAS 1) MONITOR/SKRIN Tugas monitor ialah mempamerkan imej pada skrin setelah mendapat isyarat dari CPU.
2) CPU (Center Prosesing Unit) CPU Atau unit memproses data pula bertugas sebagai pemproses data setelah mendapat arahan dari Key Bord lalu dihantar ke pada monitor untuk di pamerkan di atas skrin.
3) KEY BORD Key Bord bertindak seperti mesin taib biasa dengan mempunyai tambahan kekunci istemewa. Apa sahaja yang ditekan di key bord akan tertera pada skrin monitor komputer.
MOUSE Mouse atau tetikus adalah salah satu kompenen yang mustahak terutama jika anda mengunakan pengoperasian Windows kerana boleh dikatakan keseluruhan arahan komputer bergantung kepada mouse Ketiadaan mouse atau mouse yang tidak berfungsi mengakibatkan kerja kerja anda tergantung kerana kebanyakan program telah diselarikan dengan arahan mouse.
DISK DRIVE
Setiap komputer dilengkapi dengan Disk Drive (Pemacu Cereka) Pemacu cereka liat/liut (Disk Drive terletak pada CPU Di dalam sistem komputer biasanya terdapat 3 disk drive iaitu:
1) Drive Disk A (kebiasaanya dibahagian atas/kiri CPU) 2) Drive Disk B (Kebiasaan dibahagian bawah/kanan CPU 3) Drive Disk C (ataupun dipanggil Hard Disk) selalunya terletak di dalam CPU tidak kelihatan.
CD ROM
CD ROM adalah merupakan satu keperluan jika anda mahukan keadaan atau persekitaran yang selesa semasa bekerja dengan komputer anda. Sesetengah orang munkin mengangap ianya hanya untuk mendengar muzik dan menonton movie tetapi hakikat sebenarnya ianya mengjankau tugas lebih besar dari itu kerana kebanyakan program Aplikasi sekarang perlu di install dengan mengunakan CD ROM. Ketiadaan CD ROM mengakibatkan anda tidak boleh memasukan (install) program terbaru atau men upgred (memperbaharui) program aplikasi yang sedia ada. Tetapi sesuai dengan namanya CD ROM ianya hanya boleh membuat kerja kerja membaca sahaja (Read Only Memorie).
Walaubagaimanapun teknologi terkini telah mengeluarkan CD WRITE yang membolehkan anda membaca dan menyimpan data kedalam CD anda. Penyimpanan data di dalam CD adalah lebih selamat dan dapat memuatkan data yang begitu besar pada setiap CD berbanding dengan disket yang di gunakan sekarang.

PERINGATAN
Jika komputer tersebut tidak mempunyai sistem Hard Disk cuma terdapat dua disk drive sahaja padanya iaitu Disk drive A atau Disk drive B.
Didalam pasaran terdapat dua jenis komputer yang dijual iaitu; 1) Komputer Hard Disk 2) Komputer tidak mempunyai sistem Hard Disk.(Doubel Disk) (tidak di keluarkan lagi)
Walaubagaimanapun oleh kerana perkembangan teknologi komputer semakin cangih kebanyakan komputer sekarang mempunyai sistem Hard Disk dan berkemampuan memproses data dengan cepat dan pantas.
CURSOR/KURSOR
Cursor ialah satu tanda atau tapak yang tertera pada skrin komputer mewakili huruf atau garisan yang bakal di taip. Tulisan akan tertera dimana tempat cursor itu diletakkan atau diarahkan. Terdapat dua keaadaan kedudukkan cursor iaitu:
1 (-) Cursor yang normal/biasa
2 (=) Cursor yang tertera setelah di tekan Insert.

MODEM
Modem ialah suatu alat tambahan yang di perlukan jika sesaorang itu menghendaki komputernya boleh melayari internet terdapat 2 jenis MODEM iaitu MODEM dalaman dam MODEM luaran. Tampa MODEM anda tidak boleh menjalankan komputer anda untuk tujuan tujuan meng Acces internet.
MODEM juga mempunyai kemampuan yang berbeza-beza bergantung kepada kepantasan sesebuah MODEM. Sebelum anda memasukan atau membeli MODEM dapatkanlah nasihat dari peniaga kerana kesalahan memilih MODEM mengakibatkan proses download data atau proses meng Acces internet menjadi begitu sukar dan lambat.

BAGAIMANA MEMILIH KOMPUTER 



Selalunya teknologi komputer berubah mengikut peredaran masa. Kemampuan dan keberkesanan sesebuah komputer bergantung kepada kecangihan ciptaannya, bermula dari sistem komputer tidak berhard disk (Double disk) sehinggalah kepada sistem berhard disk. Jika anda ingin membeli komputer pastikan anda membeli sebuah komputer yang mempunyai sistem Hard Disk kerana sistem double disk tidak lagi di gunapakai sekarang dan ianya juga sudah tidak ujud dalam pasaran sekarang. Malah ianya sudah menjadi bahan sejarah.
Anda juga mesti memastikan juga berapa keupayaan komputer anda baik dari segi Kelajuan Procecor keupayaan hardisk menyimpan data kebesaran RAM dan pelbagai kemudahan yang lain yang terkini. Kegagalan anda memilih komputer yang tepat dengan keperluan semasa anda akan menngakibatkan anda munkin tidak berupaya menandingi kepantasan pengeluaran perisian yang berubah setiap waktu.
Dalam era Multimedia ini kebayakan komputer di lengkapi dengan RAM yang tinggi dan Hard Disk yang besar beserta mempunyai beberapa keistimewaan lain seperti mempunya MODEM untuk meng Acces internet CD ROM dan pelbagai accesory tambahan yang menjadikan komputer anda lengkap melengkapi. dan mudah di kendalikan
Semakin tinggi kemampuan sesabuah komputer itu biasanya semakin tinggilah harganya di pasaran. Terdapat dua jenis komputer di pasaran iaitu yang genuine (branded) dan klon. Kedua duanya mempunyai kemampuan yang sama namun komputer genuine adalah lebih tahan dan terjamin buatanya. Untuk keterangan lanjut sebelum anda membeli sesebuah komputer hubungi dan dapatkanlah nasihat dari orang-orang yang pakar tentang sesebuah komputer.
KOMPUTER HARD DISK
Komputer Hard disk ialah sistem komputer yang sudah dilengkapi dengan OS dan program-program aplikasi tertentu mengikut pilihan anda sendiri. Anda tidak lagi perlu menyuntik OS system pada setiap kali hendak beroperasi (seperti komputer double disk) dan tidak juga perlu lagi mencari disket-disket program tertentu untuk menjalankan komputer anda kerana segalanya sudah tersimpan dan tersedia didalam Hard Disk yang juga dipanggil Disk C. Sebenarnya Hard Disk ini bolehlah di tambah lagi kepada D dan E jika anda memerlukanya. Antara OS sistem yang utama ialah DOS,WINDOWS dan MANCINTOS. Namun begitu dalam era 90an DOS sudah tidak di gunakan lagi dan jika ada pun hanyalah pemankin kepada windows. Sementara OS MACINTOS tidaklah menjadi pilihan utama bagi penguna komputer di Malaysia walaupun ada segelintir dari mereka yang mengunakan OS ini.
KOMPUTER TIDAK BERHARD DISK (sudah tidak di gunakan lagi)
Komputer ini akan hanya beroperasi setelah anda menyuntik DOS di dalamnya dan anda juga misti pula menpunyai beberapa jenis disket progam yang anda perlukan. Walaubagaimanapun perkembangan teknologi komputer sekarang tidak memungkinkan lagi anda dapat menyimpan sesetengah program didalam disket yang mempunyai kemampuan yang terhad. Biasanya ia perlu disimpan di dalam beberapa buah disket yang mengakibatkan komputer anda tidak boleh membaca program tersebut kerana ianya saling berkaitan antara satu dengan yang lain tampa boleh di pisahkan dari satu format kesatu format yang berikutnya.Inilah diantara kelemahan komputer tidak berhard Disk.
Oleh itu anda di nasihatkan supaya memiliki/membeli komputer berhard disk agar anda boleh menjalankan kesemua progam yang anda perlukan dengan cara anda boleh menyimpan terus program tersebut didalam Hard Disk Anda, itupun bergantung kepada kemampuan komputer anda.
PERINGATAN Sesetengah komputer telah di programkan suatu PASWORD tertentu sebagai kawalan untuknya, anda mestilah memasukan pasword ini telebih dahulu bagi memastikannya boleh beroperasi.
DOS
Dos (Disk Operating Sistem) ialah suatu sistem program yang di buat khas untuk menjalankan sistem komputer anda. Ianya di lengkapi dengan berbagai-bagai format untuk kegunaan sesebuah komputer. Sistem Dos sentiasa di perbaharui dari masa kesemasa bergangtung kepada keperluan semasa dan kecanggihan teknologi komputer itu sendiri. Tampa Dos sesebuah komputer tidak dapat berfungsi. Walaubagaimanapun jika anda membeli sebuah komputer Hard Disk ia sudah sememangnya di lengkapi dengan sistem Dos, tetapi untuk sistem komputer tidak berhard disk sistem Dosnya di simpan didalam disket. Suntikan Dos pelulah dibuat terlebih dahulu untuk menjalankan komputer jenis ini. Sistem Dos ini sendiri mempunyai banyak versionnya sendiri mengikut peredaran masa.
Perisian DOS 6.22 adalah yang terakhir sebelum muncul Windows 95 dan di susuli pula oleh Window 98 dan Windows 2000 menjelang alaf baru. Walaubagaimanapun tidak lah banyak perbezaanya antara system pengoperasian windows dan Dos kerana Window lebih mwngutamakan kefahaman dan arahan Visual berbanding DOS. Dan bagi yang pernah mengunakan DOS pengunaan Windows adalah lebih memudahkan kerana ianya di rekacipta untuk kemudahan pengguna berbanding DOS yang lebih mengutamakan arahan secara bertulis.
Dan kebayakan koputer era sekarang mengunakan pengoperasian window dan DOS cumalah menjadi sebahagian daripada bahagian bahagian yang di perlukan ketika beroperasi. Anda masih boleh mengunakan DOS untuk kerja kerja tertentu kerana dia di kesampingkan bersama arahan windows.
WINDOWS
Window merupakan satu OS sistem lanjutan atau pengantian kepada DOS, Kebayakan komputer era terkini mengunnakan OS WINDOWS walaupun kedapatan OS dari MACINTOS kerana kebayakan penguna komputer dunia lebih berminat mengunakan system pengoperasian WINDOWS.
OS windows bermula dengan WINDOW 3.1 kemudian WINDOWS 3.11 dan di susuli oleh WINDOWS 95 dan WINDOWS 98 dan yang terbaru WINDOWS 2000. Walaupun teknologi OS sistem ini berubah agak pantas tetapi selalunya ianya tidak jauh berbeza antara satu dan lain kerana segala tambahan atau perubahan yang di buat sebenarnya untuk memudahkan lagi para pengunanya.
Berbeza dengan OS DOS yang mengutamakan arahan bertaip OS WINDOWS lebih banyak memaparkan arahan berbentuk grafik untuk kemudahan pengguna. Dan segala arahan OS WINDOWS lebih tertumpu kepada keperluan mengunakan tetikus (mouse) Iatu lebih banyak arahan Klik (mause) untuk setiap perisian yang datang bersamanya.
Paparan antara muka untuk OS WINDOWS juga menjadikan anda mudah melayari komputer anda walaupun pada peringkat awal penggunaanya.

No comments:

Post a Comment